Tuesday, April 22, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hotel Brunei lancar bilik premier

    Oleh Ak Zaki Kasharan – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JUN – Hotel Brunei baru-baru ini telah mengubah suai 25 biliknya di aras dua untuk menawarkan pelbagai bilik premier, yang terdiri daripada bilik double, twin dan eksekutif.

    Ditawarkan pada harga yang berpatutan, pelanggan kini boleh membuat tempahan bilik dan menikmati reka bentuk serba baharu serta keselesaan bilik di aras dua hotel berkenaan.

    Sehubungan itu, petang tadi, para pengamal media tempatan dan tetamu korporat telah menghadiri acara pelancaran bilik premier hotel berkenaan yang diselajurkan dengan menyaksikan secara langsung bilik yang telah diubah suai dengan bahagian dalaman baharunya.

    Pengurus Besar Hotel Brunei, Andy Goh berkata, “Kami berbesar hati untuk mengumumkan pelancaran bilik premier baharu dan tidak sabar bagi mengalu-alukan tetamu, sama ada untuk urusan perniagaan atau keseronokan bagi merasai penginapan yang selesa dan santai.”

    Beliau menambah bahawa Hotel Brunei merupakan sebuah hotel butik pertama yang dibina, terletak di tengah-tengah ibu negara yang mudah diakses, dengan jarak yang dekat dengan banyak tempat pelancongan dan kemudahan tempatan yang menjadikannya sebagai pilihan yang terbaik bagi para pelanggan.

    Bilik-bilik baharu berkenaan diilhamkan warna neutral selaras dengan tema minimalis lobi krim dan kelabu tua yang diubah suai baru-baru ini dengan perabot disusun khas untuk 25 bilik.

    Di samping itu, kesemua bilik juga menyediakan minuman dalam tin dan makanan ringan secara percuma.

    Para pengunjung boleh menikmati sarapan pagi di kafe Yelo yang merupakan di bawah kepemilikan Hotel Brunei yang beroperasi setiap hari dengan menyajikan hidangan secara ala carte.

    Andy Goh semasa menyampaikan ucapannya pada majlis pelancaran bilik premier Hotel Brunei, baru-baru ini. – Gambar oleh Ak Zaki Kasharan
    Suasana di salah sebuah bilik premier yang baru diubah suai. – Gambar oleh Ak Zaki Kasharan

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda