Sunday, May 11, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    HRDS Education Anjur Pameran StudyGlobal 2022

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 NOV- HRDS Education telah mengadakan pameran pendidikan StudyGlobal 2022 secara bersemuka di Dewan Seri Kerna, SEAMEO VOCTECH, kelmarin.

    Majlis dirasmikan oleh Pengarah Urusan HRDS Education, Hajah Rafiah binti Haji Momin.

    Turut hadir ialah Pengarah Pusat SEAMEO VOCTECH, Awang Alias bin Haji Abu Bakar dan Timbalan Pengarah Tourism Malaysia Pejabat Brunei, Hajah Latifah binti Dato Haji Ismail.

    Pameran Pendidikan StudyGlobal diadakan adalah untuk menyediakan platform kepada bakal pelajar universiti, pegawai dan pihak berkepentingan lain untuk membincangkan rancangan pengajian mereka ke peringkat lebih tinggi.

    Sementara itu, Hajah Rafiah, berkata, “Acara ini merupakan sebuah pusat sehenti yang mudah untuk mendapatkan maklumat belajar di luar negara. Para pelajar dan ibu bapa boleh berkumpul untuk mendapatkan maklumat tentang pelbagai program ijazah, kriteria kelayakan, yuran pengajian hingga tempat tinggal.”

    Antara pengunjung yang hadir semasa pameraan berkenaan.

    Beliau menambah, “Pameran Pendidikan StudyGlobal ialah acara bersemuka disertai oleh universiti-universiti terkemuka dari Australia, United Kingdom dan Ireland Utara serta Malaysia.

    “HRDS Education mengadakan beberapa pameran dalam masa terdekat yang akan disertai oleh lebih banyak universiti terkemuka dari negara lain.”

    Antara aktiviti yang diadakan semasa pameran tersebut termasuk seminar yang disampaikan oleh kakitangan universiti, yang meliputi bidang subjek, termasuk IT, sains, undang-undang, ijazah perniagaan dan banyak lagi.

    Antara universiti yang mengambil bahagian sepanjang pameran berkenaan ialah Universiti Leicester, Universiti Sheffield, Universiti Coventry, Universiti Cardiff dan Universiti Queen’s Belfast (QUB), Universiti Melbourne, Universiti New South Wales, Universiti Griffith, Universiti Teknologi Queensland (QUT), (MALAYSIA) Universiti Asia Pasifik (APU), Universiti Taylor dan cawangan kampus termasuk Universiti Heriot Watt Malaysia, Universiti Monash Malaysia dan Universiti Southampton Malaysia.

    Pameran juga disertai secara maya oleh Universiti Monash Australia.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda