Aktor Bollywood, Hrithik Roshan telah berkongsi videonya yang mempamerkan otot-otot badannya kekar.
Walau bagaimanapun terdapat seorang warganet yang menyatakan ianya disunting menggunakan Photoshop. Ke-mudian, aktor tersebut memberikan komen balas kepada warganet tersebut.
Hrithik Rishan berkongsi video di sebalik takbir penggambaran untuk jenama kecergasan beliau. Aktor itu mengenakan hoodie tanpa lengan tidak berzip yang mempamerkan otot badannya.
Seorang warganet kemudian memberikan komen bahawa tubuh badan Hrithik Roshan disunting menggunakan Photoshop dan memberitahu bahawa aktor tersebut memakan pizza.
“Semuanya Photoshop guys. Dia makan piza,” komen salah seorang warganet dengan menggunakan akaun bernama toranjkayvon. – Agensi
