Tuesday, April 22, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    HSBC bayar hampir 300 juta euro

    BRUSSELS, 6 OGOS – HSBC setuju membayar hampir 300 juta euro untuk mengakhiri siasatan jenayah Belgium berhubung pertuduhan pembersihan wang haram dan penipuan besar-besaran melibatkan para peniaga kaya, kata para pendakwa hari ini.

    Pertuduhan itu, berkaitan dengan syarikat perbankan Britain cawangan Swiss dan melibatkan ratusan juta euro, terutamanya aset yang dimiliki klien kaya di Antwerp, hab perdagangan berlian utama di dunia.

    Para pendakwa berkata subsidiari itu, HSBC Private Bank SA (Suisse) telah membantu ratusan klien kaya untuk menipu pencukaian Belgium dengan memberi mereka akses kepada akaun luar dalam pengelakan cukai seberang laut. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda