Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Hubungan berakhir, hidup jadi hambar

    Salam hormat kepada semua pembaca Media Permata yang dihormati.

    Dalam hidup ini mungkin ada yang pernah mengalami situasi yang baru saja saya lalui dua minggu yang lalu iaitu, putus cinta, satu frasa yang kita semua pernah dengar tapi tak semua pernah rasa. Kalau pernah rasa, memang tahu betapa peritnya.

    Macam itulah aku rasa bila hubungan aku dengan tunangku berakhir.

    Kami mula kenal sebab kawan ku yang memperkenalkannya kepada ku. Mula-mula tu, semuanya indah macam dalam filem romantik. Kami habiskan masa bersama, gelak ketawa dan berkongsi janji manis. Tapi lama-lama, awan kelabu mula nampak.

    Pertengkaran kecil jadi semakin kerap, masing-masing makin sukar nak faham satu sama lain.

    Gambar Freepik

    Kemuncaknya, kami putus. Hati aku macam kena hiris, sakitnya tak terucap. Setiap malam aku menangis, mengenang semua kenangan yang kami bina bersama. Rumah jadi sunyi, hidup jadi hambar. Susah nak terima kenyataan yang hubungan kami dah tak boleh diselamatkan.

    Hari-hari selepas putus cinta tu, aku seolah-olah tak bermaya. Pergi kerja, balik rumah, ulang benda sama. Hati rasa kosong. Kawan-kawan dan keluarga banyak bantu aku, tapi hanya aku yang boleh rasa pedihnya luka itu. Aku cuba sibukkan diri dengan hobi, baca buku, dan tengok TV, tapi tetap rasa kehilangan.

    Lama-kelamaan, masa jadi penawar. Luka di hati mula sembuh sedikit demi sedikit. Aku mula terima kenyataan dan belajar untuk teruskan hidup.

    Jadi, itulah kisah putus cinta aku. Walau perit, aku tetap percaya setiap pengakhiran adalah permulaan baharu. Semoga sesiapa yang membaca perkongsian ini sentiasa ingat, kita semua ada kekuatan dalam diri untuk bangkit semula.

    Razq

    NASIHAT DANG MP

    Kepada saudara Razq, kisah awda bukan sahaja menggambarkan realiti yang dihadapi oleh ramai orang, tetapi juga memberikan harapan bahawa ada jalan keluar daripada kesedihan.

    Pengalaman awda menunjukkan bahawa walaupun putus cinta itu menyakitkan, ia bukanlah penghujung segalanya.

    Awda telah menunjukkan bahawa dengan masa, sokongan, dan usaha untuk memperbaiki diri, kita boleh bangkit semula.

    Kepada sesiapa yang sedang melalui pengalaman yang sama, ingatlah bahawa awda tidak bersendirian.

    Cari sokongan daripada orang-orang terdekat, luangkan masa untuk diri sendiri, dan percayalah bahawa masa akan membantu menyembuhkan luka di hati.

    Setiap cabaran dalam hidup adalah peluang untuk kita belajar dan menjadi lebih kuat.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...