Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Jennifer Lopez, Ben bakal bercerai

    Pasangan selebriti berpengaruh Hollywood iaitu Ben Affleck dan Jennifer Lopez dilaporkan bakal bercerai.

    In Touch melaporkan Ben juga sudah ‘angkat kaki’ dan keluar dari kediaman mewah mereka yang dilaporkan bernilai RM300 juta.

    Pasangan tersebut juga dikatakan bakal menjual banglo mewah mereka sebagai salah satu penyelesaian penceraian mereka.

    “Ben sudah berpindah keluar dari kediaman mewah mereka dan mungkin akan menjual banglo berkenaan.

    “Mereka tidak pernah berhenti mencintai antara satu sama lain tetapi ada takdir yang tidak dapat dikawal atau diubah,” kata sumber.

    Menurut sumber lagi, pasangan yang popular dengan jolokan ‘Beniffer’ itu juga sebelum ini sudah cuba menyelamatkan perkahwinan mereka namun gagal mencari titik persefahaman.

    “Mereka menunggu hampir dua dekad untuk kembali bersama tetapi akhirnya hubungan mereka tidak berjalan seperti diharapkan.

    “Ben dan Jennifer sudah matang dan belajar daripada kesilapan lalu namun beberapa isu lebih besar memusnahkan hubungan mereka,” ujarnya. – Agensi

    Keretakan hubungan Ben dan Jennifer sudah mula dihidu peminat. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...