Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Hubungan Poland-Israel renggang selepas serangan terhadap sukarelawan

    WARSAW, 3 APRIL – Perdana Menteri Poland, Donald Tusk hari ini berkata serangan yang dilakukan oleh Israel terhadap pekerja bantuan di Gaza yang membunuh seorang warga Poland, dan tindak balas kerajaan terhadap kejadian itu, telah merenggangkan hubungan antara kedua-dua negara.

    Bercakap secara langsung kepada pemimpin Israel, Benjamin Netanyahu dan utusan Israel ke Warsaw, Tusk menyiarkan di X: “Hari ini, Israel telah menguji perpaduan ini.”

    “Serangan tragis terhadap sukarelawan dan tindak balas Israel mencetuskan kemarahan,” tulisnya.

    Serangan itu membunuh tujuh orang pekerja bantuan di Gaza, termasuk kakitangan Australia, Britain, Palestin, Poland dan Amerika Syarikat-Kanada, selepas pekerja baru sahaja memuat turun bantuan makanan kemanusiaan di wilayah yang dilanda perang.

    Ketua pertahanan Israel hari ini berkata bahawa serangan itu adalah ‘kesilapan besar’.

    Menteri Luar Poland, Radoslaw Sikorski memberi amaran bahawa kejadian itu mungkin akan meningkatkan anti-Semitisme di Poland, dan meminta Israel untuk ‘meminta maaf dan membayar pampasan kepada keluarga mangsa’.

    “Jika benar konvoi itu sengaja diserang kerana ia ‘mengandungi pengganas’, dan nyawa orang awam dikorbankan, saya tidak tahu mana-mana sistem (politik) di mana ini akan dibenarkan,” katanya kepada radio awam Poland Trojka.

    “Jelas ada sesuatu yang tidak kena dengan peraturan penggunaan senjata oleh tentera Israel,” katanya. “Awda tidak boleh meremehkan perkara ini dengan mengatakan perkara ini berlaku dalam peperangan, seperti yang dikatakan Netanyahu semalam.”

    Serangan itu dikutuk secara meluas, dengan Presiden AS, Joe Biden mengatakan Israel ‘tidak melakukan cukup untuk melindungi pekerja bantuan’, dan Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres menggelar serangan itu sebagai ‘tidak masuk akal’.- AFP

    Donald Tusk berkata serangan yang dilakukan oleh Israel terhadap pekerja bantuan di Gaza yang membunuh seorang warga Poland telah merenggangkan hubungan antara kedua-dua negara.- AFP

     

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...