Saturday, July 27, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Hujan lebat ragut lebih 30 nyawa

    PESHAWAR, 3 MAC – Lebih 30 orang maut dalam insiden berkaitan hujan di Pakistan semasa hujan lebat berhari-hari, dengan beribu-ribu sekolah ditutup, kata pegawai hari ini.

    Hujan lebat yang meluas sejak Khamis telah menyebabkan gangguan teruk di beberapa kawasan di negara itu, termasuk penutupan semua sekolah di wilayah Balochistan sehingga Khamis.

    Lapan belas kanak-kanak adalah antara 26 yang terbunuh di barat laut wilayah Khyber Pakhtunkhwa akibat bangunan runtuh.

    “Akibat hujan berterusan sejak empat hari lalu di Khyber Pakhtunkhwa, seramai 27 individu telah kehilangan nyawa mereka,” kata Taimur Ali Khan, jurucakap Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Wilayah di Khyber Pakhtunkhwa.

    Seorang lagi terbunuh dalam kejadian tanah runtuh dan lebih 150 rumah turut rosak.

    Jalan raya yang rosak, banjir dan tanah runtuh telah menyebabkan kampung-kampung terputus hubungan dari bandar utama di Balochistan, manakala jalan utama terhalang di Gilgit-Baltistan, lapor media tempatan.

    Jabatan Meteorologi Pakistan menjangkakan hujan dan salji yang lebih banyak di seluruh wilayah itu hari ini. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...