Saturday, July 27, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Penanaman bawang diperluas di Sabah dan Sarawak

    TAPAH, 3 MAC – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) tidak menolak kemungkinan Projek Pembangunan Tanaman Bawang diperluaskan ke Sabah dan Sarawak bagi menampung permintaan bawang di peringkat domestik.

    Bagaimanapun, Timbalan Menteri berkenaan, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata kajian secara menyeluruh termasuk penilaian kesesuaian tanah perlu dilaksanakan oleh pihak berwajib bagi memastikan projek itu berjalan lancar. “Buat permulaan ini kita laksanakan projek rintis terlebih dahulu dan ia telah dilaksanakan di beberapa negeri termasuk Perak, Perlis dan yang terbaru di Jabatan Pertanian Serdang.

    “Untuk memperluaskan kawasan tanaman, kita perlu buat kajian terlebih dahulu di sesuatu kawasan. Sekiranya sesuai (tanaman bawang) maka tiada sebab untuk kita tidak membuka ruang dengan lebih luas bagi menjayakan projek ini,” katanya.

    Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan di Ladang Penanaman Bawang di G7, Kampung Baru Kuala Bikam, Bidor di sini, hari ini yang turut dihadiri Pengarah Pertanian Perak, Norsiyenti Othman. – Bernama

    Gambar Bernama
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...