Tuesday, October 3, 2023
28.6 C
Brunei

    -

    Hujung minggu semakin meriah

    Semenjak kes COVID di negara kita semakin terkawal, Alhamdulillah semakin banyak acara-acara kemeriahan telah diadakan.

    Pada Ahad lalu, Pekan Tutong semakin meriah dengan kembalinya Tutongku Ceria dengan pelbagai aktiviti menarik. Melalui acara tersebut, bukan saja memeriahkan suasana pekan namun mampu mengukuhkan lagi institusi kekeluargaan dan persaudaraan sesama masyarakat. Di samping itu juga, ia dapat menggalakkan orang ramai memanfaatkan masa terluang melalui aktiviti sihat dan juga membantu para peniaga mikro untuk menonjolkan produk-produk mereka kepada orang awam.

    Selain itu juga, melalui acara ini segala aktiviti riadah tidak hanya tertumpu di ibu kota malah meluas ke daerah-daerah lain yang boleh menarik pelancong dalam dan luar negara untuk lebih mengenali negara kita.

    Inisiatif seperti ini amat dihargai dan untuk itu, kita sebagai orang awam marilah bersama-sama memeriahkan lagi acara-acara tersebut namun tidak dilupa tetap jaga diri dan patuhi SOP.

    Suang Jati

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Angka kematian denggi melebihi 1,000 di Bangladesh

    DHAKA, 2 OKT - Lebih 1,000 orang di Bangladesh telah meninggal dunia akibat demam denggi sejak awal tahun ini, menurut angka rasmi, yang menunjukkan...