Friday, December 27, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hukum memberi ucapan tahniah sempena perayaan agama lain

    (Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

    Disediakan oleh Jabatan Mufti kerajaan

    Islam adalah agama yang mementingkan kasih sayang, mementingkan kedamaian, bagi kesejahteraan dan keharmonian umat manusia di dunia. Umat Islam dididik untuk sentiasa mengeratkan silaturahim sesama Islam dan menjaga hubungan baik dengan orang yang bukan beragama Islam.

    Menjaga hubungan baik dengan orang bukan Islam pula merangkumi banyak perkara selama mana ia tidak menyangkut perkara keagamaan. Hubungan baik ini menyentuh mengenai hubungan antara manusia dengan manusia seperti pendidikan, pekerjaan, perniagaan, kerjasama dalam menjaga keamanan dan sebagainya. Inilah akhlak mulia dalam hubungan sesama manusia yang diasuh oleh Islam kepada penganutnya.

    Perkara toleransi antara orang Islam dan orang bukan Islam tidaklah dilarang, kecuali pada perkara-perkara yang bertentangan dengan Islam dan melibatkan perkara keagamaan.

    Sebagai contoh, umat Islam dilarang untuk merayakan dan memeriahkan perayaan-perayaan keagamaan lain walau hanya sekadar untuk suka-suka.

    Namun apabila hal mengenai perayaan ini disebut, timbul pula persoalan mengenai hukum ucapan tahniah orang Islam kepada orang bukan Islam sempena hari perayaan mereka.

    Foto Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda