BUDAPEST, 23 OGOS – Hungary telah membebaskan lebih 1,400 penyeludup orang yang disabitkan kesalahan dari penjara, kata pihak berkuasa hari ini, satu langkah yang dianggap oleh Suruhanjaya Eropah sebagai mencabar.
Bulan lalu, Suruhanjaya Eropah melancarkan prosedur undang-undang terhadap Hungary selepas kerajaan Perdana Menteri Viktor Orban pada April lalu memutuskan untuk membebaskan penyeludup orang yang dipenjarakan dan memberikan mereka masa tiga hari untuk meninggalkan negara itu.
Hungary berkata pada masa yang sama penjara yang sesak telah menempatkan 2,600 orang banduan daripada 73 buah negara – 13 peratus daripada jumlah populasi penjara – yang membebankan pembayar cukai.
“Kami membebaskan 1,468 orang tahanan warganegara asing yang disabitkan dengan penyeludupan orang,” kata Komando Perkhidmatan Penjara Kebangsaan kepada AFP melalui e-mel.- AFP
