Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Huthi dakwa serang Israel guna dron

    SANAA, 31 OKT – Pejuang Huthi yang disokong oleh Iran di Yaman telah menembak dron ke arah Israel hari ini sebagai tindakan balas terhadap perangnya menentang Hamas, kata seorang pegawai kanan dari kumpulan tersebut kepada AFP.

    “Dron-dron itu adalah milik negara Yaman,” kata Abdelaziz bin Habtour, Perdana Menteri kerajaan Huthi, apabila ditanya tentang pelancaran ke arah Eilat di selatan Israel.

    Huthi, yang menguasai ibu negara Yaman dan beberapa kawasan besar negara itu, membentuk sebahagian daripada penentang yang berjuang menentang Israel dan sedang sedang bertempur menggunakan propaganda dan dron.

    Tentera Israel melaporkan sebelum ini adanya ‘pencerobohan pesawat musuh’ yang telah mencetuskan amaran siren di kawasan Eilat, sebuah bandar peranginan yang terletak di tepi Laut Merah.

    “Tiada ancaman di kawasan itu dan tiada bahaya,” kata jurucakap tentera Israel, Daniel Hagari, dalam satu taklimat berasingan yang disiarkan di televisyen.

    Israel menyalahkan Huthi atas serangan dron serupa pada Jumaat lalu di mana pesawatnya berjaya memintas ‘sasaran musuh’ menuju ke selatan Israel.

    Enam orang cedera ringan di negara jiran Mesir apabila serpihan terkena sebuah bangunan di pusat peranginan Sinai di Taba, di seberang sempadan dari Eilat, kata tentera Mesir pada masa itu. – AFP

    Anggota pasukan keselamatan yang bersekutu dengan Huthi bergambar bersama pada 27 Oktober. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...