SEOUL, 3 OGOS – Hyundai Motor Group Korea Selatan berkata hari ini bahawa ia akan membuat pelaburan strategik dalam Tenstorrent, sebuah syarikat permulaan semikonduktor kecerdasan buatan (AI).
Syarikat Hyundai Motor dan Kia Corp akan melaburkan gabungan AS$50 juta dalam syarikat yang berpangkalan di Kanada itu, menjadikan kumpulan itu pelabur utama dalam pusingan pendanaan terbaharu Tenstorrent berjumlah AS$100 juta.
Kumpulan itu berkata dalam satu kenyataan bahawa pelaburan itu akan digunakan untuk mempercepatkan reka bentuk Tenstorrent dan pembangunan ciplet AI dan pelan hala tuju perisian pembelajaran mesin (ML).
Semikonduktor berprestasi tinggi yang baharu dibangunkan akan digunakan pada unit pemprosesan pusat (CPU) dan unit pemprosesan saraf (NPU) untuk kenderaan masa depan dan penyelesaian mobiliti, katanya.
Awal tahun ini, Hyundai melancarkan unit pembangunan semikonduktornya yang dikhaskan untuk pembangunan cip buatan sendiri untuk kenderaannya dalam usaha memperkukuh keupayaan cip melalui kerjasama strategik dengan rakan kongsi luar. – Xinhua
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2023/08/P14-A-AP_04082023.jpg)