Saturday, July 27, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    I know what you did last semester

    (Siri 1)

    Oleh Fauzye –

    2021

    “Ingat rahsia kita! Jangan pecah di mulut, biar pecah di perut!” Itulah kata-kata keramat yang dilafazkan Nelissa kepada dua lagi rakannya, Kirana dan Mona.

    Waktu itu, mereka berada di semester terakhir pengajian mereka sebagai penuntut jurusan komputer sains di Universiti Teknologi Utara. Ada sesuatu yang telah dilakukan oleh mereka dan ketiga-tiganya menyimpan kemas hal tersebut sebagai satu rahsia. Nelissa, Kirana dan Mona puas dengan apa yang mereka lakukan. Semester akhir itu menjadi saksi akan ‘kekejaman’ yang mereka lakukan. Tamat saja pengajian dan graduasi, mereka pun mula membawa haluan masing-masing sambil rahsia dibawa bersama.

    TIGA TAHUN KEMUDIAN

    “Assalamualaikum. Babe, bila kita bertiga nak reunion ni? Rindu! Ni dah tahun baharu. Hujung minggu nak tak? Please set the date. Bagi tahu Mona jugak, ok!”

    Satu pesanan mesej tiba-tiba kedengaran. Kirana mula tercari-cari telefon bimbitnya. Saat telefon bimbit sudah berada di dalam genggaman, tangannya mula ligat menekan mesej yang dihantar pada aplikasi WhatsApp tersebut. Tertera nama Nelissa. Lantas mesej pun dibaca. Kirana kemudian tersenyum. “Aku kena inform Mona pasal hal ni,” bisiknya dalam hati.

    Gambar Freepik

    DUA HARI SEBELUM PERTEMUAN

    “Hello! Nel, kita kena jumpa sekarang jugak. Tak payah tunggu esok. I ada benda penting nak bagi tahu dan tunjukkan dekat korang. Kejap lagi I call Kiki!” Panggilan dari Mona itu mengejutkan Nelissa yang disapa sebagai Nel dan Kirana yang disapa Kiki. Lantas, masing-masing pun menurut dengan perubahan mendadak rancangan reunion mereka itu.

    6 JANUARI 2024, 5 PETANG, DI SEBUAH KAFE

    “Apa hal ni babe? Apa yang penting sangat?” Nelissa memulakan perbualan.

    “Korang kena tengok ni! Ada orang kirim gambar ni dekat I!”, terang Mona dengan nada cemas.

    What? Macam mana boleh ada yang tahu ni, hah? Siap ada artikel bagai!” Kirana mula panik.

    Ketiga-tiga wanita muda itu mula terdiam sambil berpandangan sesama sendiri. Sungguh mereka bertiga begitu terkejut dengan apa yang mereka baru ketahui. Tiba-tiba terbit rasa malu, geram, marah, kecewa dan sedih dalam diri masing-masing.

    Macam mana boleh benda ini tersebar sedangkan hanya mereka bertiga saja yang tahu?

    Yang menghairankan, siap ada gambar dan satu artikel yang menceritakan mengenai rahsia mereka bertiga. Jelaslah sudah bahawa rahsia perbuatan mereka pada akhir semester dulu telah diketahui oleh orang lain yang menggambar perbuatan yang mereka lakukan itu hingga menerbitkan satu artikel mengenainya.

    Tetapi siapakah orang itu dan bagaimanakah dia mendapat tahu?

    Bagaikan satu ancaman buat mereka, Nelissa dan Kirana serta Mona mula mengimbas semula akan perbuatan dan rahsia mereka dahulu itu.

    NOVEMBER 2021

    Nelissa, Kirana dan Mona baru saja tamat kertas akhir bagi peperiksaan semester terakhir ketika itu. Tatkala rakan-rakan sekelas dan pelajar-pelajar lain sudah bersurai selepas tamat menjalani peperiksaan itu, Nelissa, Kirana dan Mona masih lagi duduk melepak di taman universiti mereka sambil berbual bermacam perkara. Sesekali kedengaran suara gelak tawa masing-masing di tengah-tengah remang-remang senja itu. Tiba-tiba, Kirana mula menegur sesuatu.

    “Eh, itu Amira kan dekat hujung jalan? Perempuan lembik tu! Dia belum balik lagi rupanya,” kata Kirana mengejutkan Nelissa dan Mona.

    “Ya lah. Buat apa dia dekat situ? Kalau ya pun nak tunggu orang jemput dia, tunggulah depan sini!”, ujar Nelissa pula.

    “Apa kata kita kacau dia? Sekarang pun semua orang dah balik. Rasanya tak kan ada yang nampak since dia dekat hujung jalan tu,” Mona memberikan arahan.

    Nelissa dan Kirana mula tersenyum. Dalam fikiran ketiga-tiga gadis itu sudah mula ligat dengan rancangan jahat masing-masing.

    Amira, rakan sekelas ketiga-tiga gadis tersebut masih setia berdiri di hujung jalan itu.

    Memang sudah menjadi kelaziman untuk dia menunggu ahli keluarganya untuk menjemputnya di situ setiap kali habis kuliah atau peperiksaan. Meskipun terletak di hujung jalan kawasan universitinya, Amira selesa menunggu di situ dan tidak pula merasa takut kerana kawasan tersebut bukan terletak berdekatan hutan dan tidak jauh dengan kawasan parkir universiti.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...