Saturday, July 27, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Ibnor Riza ditidurkan di ICU

    Penyanyi, Ibnor Riza (gambar) dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Port Dickson, Negeri Sembilan selepas pengsan di rumahnya baru-baru ini.

    Berkongsi berita tersebut, penyanyi, Nizam Laksamana memaklumkan, Ibnor turut ditidurkan sementara doktor mencari punca penyanyi itu pengsan selain mengesan masalah lain yang berlaku kepadanya.

    “Isteri Ibnor telefon saya dan maklumkan dia pengsan. Ketika dalam dalam ambulans dia sedar namun kembali tidak sedarkan diri.

    “Saya dapat maklumat Ibnor juga ditidurkan di ICU. Doktor pun masih mencari punca dia pengsan dan diserang sawan,” katanya ketika dihubungi mStar.

    Nizam berkata meskipun belum mendapat laporan penuh keadaan sebenar sahabatnya itu, namun berdasarkan rawatan awal mendapati ia ada kaitan dengan saraf yang membengkak pada bahagian leher Ibnor sejak beberapa bulan lalu.

    Nizam memberitahu dia sempat berbual dengan Ibnor pada Sabtu apabila penyanyi itu memaklumkan dia baharu sahaja dibenarkan pulang ke rumah selepas dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur sejak dua minggu lalu.

    “Saya pun tak pasti punca dia pengsan namun apa yang diberitahu ia berkemungkinan berpunca daripada saraf membengkak di lehernya. Disebabkan itu ia mengganggu aliran oksigen ke otak dan juga jantung.

    “Semalam (Sabtu) saya baru sahaja bercakap dengannya melalui panggilan video. Ketika dia dimasukkan ke HKL pun saya ada pergi melawat,” ujarnya.

    Ibnor sebelum ini dilaporkan secara tiba-tiba diserang pelbagai jenis penyakit seperti diabetis, migrain, darah tinggi dan buasir.

    Dia mula mendapat tahu tentang penyakit itu selepas melakukan pemeriksaan berkaitan masalah bengkak pada leher.

    Ibnor juga pernah dijadualkan menjalani pembedahan bagi membuang nanah di lehernya namun ditangguhkan beberapa kali disebabkan paras gula dalam darahnya yang tinggi.

    Menurut Nizam keadaan kesihatan penyanyi lagu Mimpi Yang Tak Sudah itu juga tidak menentu sejak dia mendapat tahu tentang penyakitnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...