Saturday, November 16, 2024
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ibu Adi Putra meninggal dunia di Singapura

    Pelakon Datuk Adi Putra memaklumkan ibu tercinta iaitu Noor Banoo Khan Mohd telah menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 11:15 pagi, pada Jumaat.

    Berkongsi berita duka itu menerusi Instagram, Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 42, bagaimanapun tidak memaklumkan punca pemergian Allahyarham.

    “Dukacita saya ingin maklumkan, bahawa bonda saya Noor Banoo Khan Mohd telah pulang ke Rahmatullah jam 11:15 pagi,” katanya.

    Dalam pada itu, Adi turut mengucapkan terima kasih kepada peminat yang mendoakan kesihatan ibunya sejak dimasukkan ke hospital.

    “Terima kasih pada semua yang mendoakan,” ujarnya.

    Dalam perkembangan lain, Adi memberitahu jenazah ibunya akan dikebumikan di Pusara Aman Singapura selepas solat Asar, kongsi mStar.

    Pada Selasa lalu, Adi yang berada di Mekah berkata dia menerima khabar sedih ibunya berada dalam keadaan kritikal di Singapura.

    Dalam hantaran berkenaan, Adi turut memohon orang ramai mendoakan agar urusan prosedur jantung ibunya dipermudahkan. – Agensi

    Adi Putra kongsi kenangan ibu semasa di hospital. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda