Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Ibu beri susu bercampur dadah mengaku bersalah

    PETALING JAYA, 28 FEB – Seorang ibu mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan menganiaya anak lelakinya dengan memberi minum susu bercampur air yang mengandungi dadah jenis Methamphetamine di sebuah apartment, minggu lepas.

    Suri rumah berumur 34 tahun itu membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh.

    “Saya mengaku bersalah, tapi saya tidak sengaja puan (beri minum susu mengandungi dadah),” kata ibu kepada tiga anak itu.

    Sementara itu suaminya, peniaga air balang yang berumur 40 tahun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sama.

    Mereka didakwa bersama-sama melakukan penganiayaan terhadap kanak-kanak lelaki berusia setahun empat bulan dengan memberi minum air susu bercampur dengan air yang mengandungi dadah berbahaya jenis Methamphetamine sehingga menyebabkan mangsa mengalami allegedsympathomimetic drug ingestion di sebuah apartment di Taman Medan, Petaling Jaya pada 6 petang, 19 Februari lepas.

    Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

    Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Zuhaini Mahamad Amin, menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh dengan syarat tambahan mereka perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan sehingga kes selesai.

    Mahkamah menetapkan 13 Mac untuk sebutan kes. – Bernama

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...