Ibu kepada usahawan Engku Emran iaitu Salmah Abu Bakar meninggal dunia pagi tadi, menurut laporan mStar.
Perkara itu dimaklumkan oleh isterinya iaitu Noor Nabila Mohd Noor menerusi Instagram miliknya namun tidak mendedahkan punca kematian Allahyarham.
Noor Nabila, 39, turut mendoakan agar Allahyarham ibu mertuanya itu ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
“Mohon sedekahkah Al-Fatihah untuk ibu mentua saya, Salmah Abu Bakar yang kembali ke rahmatullah pagi tadi.
“Semoga Allah mengampuninya, rahmatinya, memaafkannya, memuliakan kematiannya, lapangkan kuburnya dan jadikan syurga sebagai tempat tinggalnya,” tulisnya.
Nabila berkongsi berita sedih itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instastory miliknya.
Sementara itu, Engku Emran dilihat mengirinya jenazah ibunya dalam van jenazah untuk di bawa ke tanah perkuburan.
Untuk rekod, Nabila mendirikan rumah tangga bersama Engku Emran pada Mac tahun lalu dan masih belum dikurniakan cahaya mata. – Agensi
