Monday, March 17, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ignazio Cassis sandang jawatan presiden

    GENEVA, 2 JAN – Bekas Menteri Luar Switzerland, Ignazio Cassis menyandang jawatan presiden berkuatkuasa kelmarin mengikut sistem penggiliran presiden di negara itu, lapor agensi Anadolu.

    Cassis mengambil alih jawatan itu daripada Guy Parmelin pada Jumaat lalu selepas perbualan telefon antara kedua-dua mereka, kata jurucakap kerajaan, Andre Simonazzi menerusi kenyataan dalam Twitter.

    Beliau yang merupakan presiden pertama dari wilayah Ticino yang berbahasa Itali dalam ucapannya sempena ucapan Tahun Baharu menggesa rakyat bersatu padu dalam menghadapi wabak COVID-19.

    Pandemik telah memisahkan Switzerland tetapi ia tidak akan memecahbelahkan kita. Kita tidak akan membiarkan perkara itu terjadi, kata-nya. Cassis pernah berkhidmat sebagai naib presiden pada 2021 dan kemudian dipilih sebagai presiden untuk 2022 pada 8 Januari. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda