Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    IHP catat sedikit peningkatan

    Oleh Syahmi Hassan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 NOV – Bagi bulan Oktober 2023, Indeks Harga Pengguna (IHP) tahun-ke-tahun menunjukkan sedikit peningkatan sebanyak 0.1 peratus berbanding bulan Oktober 2022, didorong oleh peningkatan bagi harga makanan dan minuman ringan sebanyak 2.1 peratus.

    Manakala, harga bukan makanan pula menunjukkan penurunan sebanyak 0.5 peratus. Demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik (JPES), Kementerian Kewangan dan Ekonomi, hari ini.

    Peningkatan tahun-ke-tahun bagi harga makanan dan minuman ringan adalah disebabkan oleh peningkatan harga minuman ringan (11.4 peratus), khususnya minuman rendah gula yang sedia untuk diminum; sayur-sayuran (4.4 peratus), berikutan kenaikan harga halia dan bawang disebabkan oleh bekalan yang terhad daripada negara pembekal; dan beras dan bijirin (2.9 peratus), disebabkan oleh harga bahan-bahan mentah yang terus meningkat terutamanya tepung gandum.

    Manakala, harga bukan makanan menunjukkan penurunan disebabkan oleh harga pengangkutan (3.1 peratus) iaitu harga kenderaan bermotor dan harga tiket penerbangan; perhubungan (3.1 peratus), khususnya harga perkhidmatan telefon dan telefaks selaras dengan tawaran promosi bagi pelan perkhidmatan Internet sejak bulan September 2023; dan perumahan, air, elektrik, gas, dan bahan api lain (0.1 peratus), disebabkan oleh penurunan kos penyewaan kediaman.

    Bagi perubahan bulan-ke-bulan, IHP juga menunjukkan peningkatan sebanyak 0.1 peratus, didorong oleh peningkatan bagi harga makanan dan minuman ringan (0.4 peratus) dan harga bukan makanan (0.02 peratus).

    Peningkatan bulan-ke-bulan bagi harga makanan dan minuman ringan adalah terutamanya disebabkan oleh kenaikan harga sayur-sayuran (3.2 peratus); minuman ringan (0.5 peratus); dan beras dan bijirin (0.3 peratus).

    Manakala, peningkatan bulan-ke-bulan bagi harga bukan makanan adalah disumbangkan oleh pengangkutan (0.6 peratus); rekreasi dan kebudayaan (0.2 peratus); dan perhiasan, perkakasan isi rumah dan penyelenggaraan rutin isi rumah (0.1 peratus).

    Gambar Unsplash
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...