Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Ihya Ramadan eratkan silaturahim

    Oleh Nurdiyanah R.

    TUTONG, 14 APRIL – Kementerian Pertahanan meneruskan Program Tahunan Ihya dan Jangkauan Ramadan Kementerian Pertahanan yang diadakan di Masjid Pengiran Anak Haji Mohamed Alam, Kampung Sengkarai dan Masjid Kampung Penanjong, Daerah Tutong.

    Pada hari yang sama, rombongan Kementerian Pertahanan telah menghadiri majlis bersungkai dan menunaikan sembahyang Fardu Maghrib di Surau Pengiran Ratna Indera, Perkhemahan Tutong. Majlis diakhiri dengan majlis makan malam bersama mantan-mantan pegawai pemerintah dan sarjan mejar rejimen, batalion kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB).

    Turut hadir pada majlis-majlis berkenaan ialah Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof; Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Mejar Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan; pemangku setiausaha tetap Kementerian Pertahanan, peringkat kepimpinan, pegawai serta anggota Kementerian Pertahanan dan ABDB.

    Menerusi program yang merupakan sebahagian daripada siri aktiviti-aktiviti keagamaan tahunan kementerian itu di mana di kedua-dua masjid berkenaan, para rombongan menunaikan sembahyang fardu berjemaah, tadarus Al-Quran diikuti dengan penyampaian infak termasuk Mushaf Al-Quran Jubli Intan ABDB kepada jawatankuasa takmir masjid dan golongan-golongan yang tertentu.

    Majlis yang dianjurkan bersama oleh Markas Angkatan Bersama ABDB (MAB) dan Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT) adalah sebahagian daripada siri aktiviti-aktiviti keagamaan Kementerian Pertahanan yang bertujuan untuk mengeratkan ikatan silaturahim dengan penduduk kampung dan masyarakat setempat, di samping meraih manfaat dan pahala yang berlipat ganda di bulan Ramadan.

    Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua menyampaikan infak kepada jawatankuasa takmir masjid di Masjid Pengiran Anak Haji Mohamed Alam, Kampung Sengkarai. – Gambar serahan Kementerian Pertahanan
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...