Saturday, January 4, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ilal Hijrah terus diraikan

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 OGOS – Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) tidak ketinggalan mengadakan majlis Sambutan Awal Tahun Baharu Hijrah 1444 di Surau Ad-Difa’ Bolkiah Garison dan di kesemua surau garison, pangkalan dan perkhemahan ABDB termasuk Masjid Pulau Baru-Baru, hari ini.

    Turut hadir pada majlis yang berlangsung di Surau Ad-Difa’ Bolkiah Garison ialah Timbalan Menteri Pertahanan, Brigedier Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abdul Kadir dan Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan.

    Hadir sama ialah setiausaha-setiausaha tetap dan timbalan setiausaha tetap di Kementerian Pertahanan berserta pegawai dan anggota Kementerian Pertahanan dan ABDB.

    Majlis disemarakkan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran diikuti dengan  ceramah khas bertajuk ‘Bersabar, Berikhtiar, Berdoa dan Bertawakal Menghadapi Ujian: Memacu Wawasan Negara’ yang disampaikan oleh Haji Amynoor bin Haji Mohammad Yaakob dari Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

    Timbalan menteri pertahanan dan pemerintah ABDB semasa hadir pada majlis Sambutan Awal Tahun Hijrah di Surau Ad-Difa.
    Antara yang hadir pada majlis tersebut.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda