Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    IMF beri AS$360 juta lagi kepada Ghana

    ACCRA, 14 APRIL – Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) kelmarin berkata ia telah mengesahkan bantuan baharu sebanyak AS$360 juta untuk Ghana ketika negara itu berusaha untuk keluar daripada krisis ekonomi.

    Bantuan terbaharu itu merupakan sebahagian daripada semakan kedua pakej bantuan IMF bernilai AS$3 bilion kepada Accra, yang telah diluluskan pada Mei tahun lalu, untuk membantu Ghana mengukuhkan kewangan awamnya dan menguruskan beban hutangnya yang berat dengan lebih baik.

    “Kakitangan IMF dan pihak berkuasa Ghana telah mencapai persetujuan peringkat kakitangan mengenai semakan kedua program ekonomi Ghana di bawah Kemudahan Kredit Lanjutan,” kata ketua misi IMF untuk Ghana, Stephane Roudet, merujuk kepada program bantuan untuk perkhidmatan politik dan pembaharuan ekonomi.

    Pakej terbaharu itu bermakna jumlah sokongan kewangan IMF yang dikeluarkan di bawah perjanjian sejak Mei 2023 bernilai kira-kira AS$1.5 bilion, menurut kenyataan IMF.

    Pada 2022, Ghana mengalami krisis ekonomi terburuk dalam beberapa dekad, dengan inflasi melepasi 50 peratus yang memaksa Ghana – pengeluar utama emas, minyak dan koko – untuk membuat pinjaman dan juga menyusun semula hutangnya.

    Negara itu, bersama-sama dengan negara-negara Afrika yang lain, juga terjejas teruk oleh kejatuhan ekonomi akibat pandemik coronavirus serta perang Rusia-Ukraine. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...