Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Lebih 20,000 kunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Sabah

    KOTA KINABALU, 14 APRIL – Lebih 20,000 tetamu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

    Majlis turut diserikan dengan kehadiran Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah RM Jasni.

    Turut hadir Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri, Datin Seri Juliah Salag serta barisan ahli Kabinet negeri.

    Pelbagai juadah seperti sate, ketupat, lemang dan rendang dihidangkan kepada tetamu menerusi 200 gerai disediakan selain majlis dimeriahkan dengan persembahan nyanyian daripada artis tempatan negeri itu.

    Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Shahelmey Yahya ketika ditemui pemberita berkata majlis bermula dari 10 pagi hingga 2 petang itu mendapat sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran pelbagai lapisan rakyat.

    “Saya harap sambutan ini dapat mengeratkan silaturahim pelbagai suku kaum yang ada di Sabah,” katanya. – Bernama

    Orang ramai mengambil kesempatan bergambar dengan Hajiji sempena Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Sabah di SICC kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...