Sunday, March 23, 2025
22.9 C
Brunei
  • Rileks Jap

Berita Terkini

Impian Cornet untuk mara musnah di tangan Collins

MELBOURNE, 26 JAN – Danielle Collins berkata bahawa dia merasa kembali menjadi dirinya semula selepas pembedahan yang sukar itu, ditambah dengan kekuatan dan stamina, membantunya untuk mara ke kelompok empat terakhir Terbuka Australia hari ini.

Pemain pilihan ke-27 dari Amerika Syarikat itu telah melepasi perlawanan sengit yang membawa kepada kemenangan 7-5, 6-1 ketika cuaca panas di Rod Laver Arena untuk menghancurkan impian pemain veteran dari Perancis, Alize Cornet untuk mara ke separuh akhir Grand Slam yang pertama.

Dia akan berdepan dengan pemain dari Poland, Iga Swiatek untuk menempah tempat di pusingan akhir selepas pemain pilihan ketujuh telah menyingkirkan pemain veteran dari Estonia, Kaia Kanepi dalam tiga set perlawanan yang sukar.

Collins menjalani pembedahan tahun lalu kerana endometriosis, di mana tisu yang serupa dengan lapisan rahim mula tumbuh di tempat lain dan kini bebas daripada kesakitan yang mana membuat perbezaan yang ketara.

“Saya merasakan lebih bebas hanya dari tidak perlu berdepan dengan simptom yang selalu saya hadapi, bukan menjadi isu berterusan yang saya perlu hadapi setiap hari,” katanya.

“Selain daripada pembedahan, kekuatan saya semakin meningkat dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Kekuatan, penyesuaian, kecergasan saya, ia merupakan salah satu faktor terpenting dalam latihan dan fokus saya,” katanya. – AFP

Reaksi Danielle Collins selepas berjaya mematahkan percubaan servis Alize Cornet semasa perlawanan suku akhir di kejohanan Terbuka Australia di Melbourne, 26 Januari. – AP
- Advertisment -

Berita Berkaitan

Disyorkan Untuk Awda