Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Imran Aqil rahsia tarikh kahwin

    Bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi, pelakon Imran Aqil bagaimanapun masih belum bersedia untuk berkongsi tarikh pernikahannya dengan Dahlia Rizal kepada umum.

    Kata Imran atau Mohammad Imran Aqil Mohd Salehuddin, 24, dia menghormati keputusan Dahlia untuk tidak menghebahkan hal berkenaan kepada umum sehinggalah mereka sah bergelar suami isteri.

    “Buat masa sekarang saya belum bersedia nak umum tarikh nikah. Saya kena respect permintaan Dahlia agar tidak berkongsi.

    “Majlis kami nanti akan diadakan secara tertutup dan Dahlia mahu menjadi orang pertama berkongsi detik pernikahan itu. Semasa itu barulah orang tahu kami sudah berkahwin.

    “Bukan itu sahaja, Dahlia juga mahu tetamu yang hadir nanti tidak memuat naik video atau gambar hari pernikahan kami,” katanya kepada mStar.

    Desas-desus perkahwinan mereka semakin dekat mula menjadi bualan ramai selepas tular foto cetakan Dahlia dipercayai untuk borang pernikahan.

    Dalam pada itu, Imran turut meluahkan rasa syukur apabila peminat masih mengikuti perkembangan mereka dan sentiasa mendoakan agar perancangan hari bahagia itu berjalan lancar.

    “Tak sangka masih ada yang ambil tahu tentang saya. Rasa bersyukur kerana ada yang mendoakan kami.

    “Sebenarnya ada juga perasaan takut majlis tidak menjadi. Kami terlalu berfikir tentang perkahwinan ini kerana kedua ibu bapa saya dan Dahlia pernah melalui fasa perpisahan,” ujarnya. – Agensi

    Imran dan Dahlia bertunang pada Ogos tahun lalu. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda