Sunday, May 19, 2024
29.8 C
Brunei

    -

    Chiwan sah bergelar suami

    Pelawak dan juga penyampai radio Suria FM iaitu Chiwan selamat bergelar suami kepada wanita pilihannya, Amira Ayuni Hashim, 27, pada Sabtu dengan sekali lafaz.

    Mula berkenalan sekitar dua tahun lalu, kata Chiwan atau Mohd Azwan Sabri, 38, dia dan isteri yang mesra disapa Cinta telah lama merancang untuk mendirikan rumah tangga.

    Namun disebabkan kekangan masa dan jadual kerja yang padat, mereka terpaksa menangguhkan hasrat berkahwin sehingga mendapat waktu sesuai.

    “Sejak tahun lepas lagi kami dah rancang nak kahwin. Tetapi ketika itu jadual saya agak padat dan kami terpaksa tangguhkan hasrat berkahwin.

    “Sebenarnya kami nak buat majlis bulan April, namun ketika itu Kak Rara (Sharifah Shahirah) ada perancangan ke luar negara. Jadi demi Kak Rara kami tangguh ke bulan Mei.

    Chiwan dan Cinta mula kenal sejak dua tahun lalu. – Agensi

    “Syukur majlis berjalan lancar dan segala impian kami dipermudahkan,” katanya ketika dihubungi mStar pada Ahad.

    Majlis pernikahan dan persandingan pasangan itu berlangsung di sebuah dewan di Teluk Panglima Garang, Selangor.

    Pada majlis itu, Chiwan menyerahkan mas kahwin RM1,000 dan pasangan ini setuju untuk tidak memberi barang hantaran.

    Tambah Chiwan, persiapan majlis tersebut juga dilakukan hanya dalam tempoh 20 hari sebelum disatukan sebagai suami isteri.

    “Kami dah tempah dewan sejak Februari lalu, cuma semua persiapan dilakukan pada saat-saat akhir.

    “Dalam tempoh 20 hari kami tempah baju nikah, siapkan borang dan semua berkaitan majlis.

    “Saya tidak rasa gementar pun ketika akad nikah sebab tahu niat saya baik untuk halalkan hubungan kami,” ujarnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Australia cipta AI boleh klasifikasi tumor otak lebih cepat, tepat

    CANBERRA, 19 MEI - Pasukan penyelidik dari Universiti Kebangsaan Australia (ANU) telah membangunkan alat kecerdasan buatan (AI) untuk mengklasifikasikan tumor otak dengan lebih cepat...