Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Imran Khan, isteri dihukum penjara 14 tahun

    ISLAMABAD, 31 JAN – Bekas Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan dan isterinya Bushra Bibi, dijatuhi hukuman penjara 14 tahun hari ini membabitkan kes hadiah negara atau kes Toshakhana.

    Hukuman itu diputuskan oleh mahkamah di bandar markas tentera di timur laut Penjara Adiala Rawalpindi, tempat bekas perdana menteri itu sedang menjalani hukuman, menurut agensi Anadolu.

    Khan dan bekas Menteri Luar, Shah Mahmood Qureshi, kelmarin dijatuhi hukuman penjara 10 tahun kerana melanggar Akta Rahsia Negara. – Bernama

    Gambar AFP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda