Sunday, May 11, 2025
26.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Indera Motors taja Land Rover Defender 110 bagi kejohanan golf

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 JUN – Indera Motors Sdn Bhd, pengedar dan peruncit tunggal kenderaan Jaguar dan Land Rover di Brunei Darussalam, menaja sebuah kereta Land Rover Defender 110 baharu sebagai hadiah istimewa bagi Kejohanan Sukan Golf Terbuka Persatuan Golf Brunei Darussalam (BDGA).

    Menurut kenyataan Indera Motors Sdn Bhd, hari ini, kejohanan terbuka itu merupakan acara tahunan BDGA untuk mencari dan menubuhkan kumpulan pemain sukan golf elit tanah air yang merangkumi pemain terbaik dari seluruh negara, dan dijangka menyaksikan maksimum 120 pemain bertanding.

    Pemain golf yang berjaya membuat pukulan hole-in-one yang ditetapkan semasa kejohanan akan menerima Land Rover Defender 110 baharu berkenaan yang mana kejohanan itu akan berlangsung pada 25 dan 26 Jun di RBGCC.

    Pemain Kejohanan Sukan Golf Terbuka BDGA yang berjaya membuat pukulan hole-in-one akan memandu pulang kereta Land Rover Defender 110 baharu tajaan Indera Motors. – Gambar serahan Indera Motors
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda