Monday, October 28, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    India bendung penyebaran ugutan bom palsu

    NEW DELHI, 27 OKT – Kerajaan India kelmarin mengarahkan platform media sosial untuk mencegah penyebaran ugutan bom palsu yang menyasarkan syarikat penerbangan, sekolah, hospital dan hotel di seluruh negara, lapor Xinhua.

    Dalam nasihat yang dikeluarkan kepada syarikat media sosial, Kementerian Elektronik dan Teknologi Maklumat mengarahkan mereka untuk segera menghapuskan maklumat palsu, melaporkan ancaman dan bekerjasama dengan pihak berkuasa.

    Lebih 300 penerbangan di negara itu dilaporkan menerima ancaman bom, menyebabkan sebahagian daripadanya terpaksa dilencongkan. Menteri Penerbangan Awam Persekutuan India, Ram Mohan Naidu berkata awal minggu ini, keselamatan kekal menjadi keutamaan kerajaan dan peraturan sedang dipinda untuk menyenaraikan individu yang membuat panggilan ancaman sedemikian dalam senarai larangan terbang.

    Pada Jun lalu, Biro Keselamatan Penerbangan Awam, badan keselamatan penerbangan awam India, mencadangkan larangan penerbangan selama lima tahun bagi mereka yang mengeluarkan ancaman itu. – Bernama

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda