Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    India hadkan eksport bawang

    NEW DELHI, 29 OKT – India telah mengehadkan eksport bawang dengan mengenakan harga eksport minimum sebanyak AS$800 satu tan.

    Harga jualan minimum itu berkuat kuasa pada hari ini dan akan dikekalkan sehingga hujung tahun 2023, menurut kenyataan Kementerian Hal Ehwal Pengguna.

    “Langkah itu diambil untuk memastikan bekalan bawang yang mencukupi bagi pengguna domestik pada harga berpatutan berikutan kuantiti stok bawang daripada musim tanaman 2023 semakin berkurangan,” katanya.

    Kerajaan juga memperoleh tambahan 200,000 tan bawang untuk meningkatkan stok penimbalnya.

    India mengenakan 40 peratus duti eksport ke atas bawang pada Ogos.

    Harga bawang di wilayah Delhi telah meningkat sehingga 50 peratus sejak beberapa hari kebelakangan ini.

    Ia dijangka melonjak lebih 40 peratus bulan depan daripada paras semasa, menurut laporan media tempatan. – Bernama

    – Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...