Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    India keluar semula visa untuk warga Kanada

    OTTAWA, 26 OKT – India akan mengeluarkan semula perkhidmatan visa kepada warga Kanada, kedutaannya di Ottawa mengumumkan kelmarin, satu langkah yang boleh meredakan ketegangan dalam pertikaian berprofil tinggi berhubung pembunuhan seorang pemisah Sikh di Kanada.

    Hubungan antara India dan Kanada dingin selepas Perdana Menteri Justin Trudeau, bulan lalu secara terbuka menuduh perisikan India dengan pembunuhan warga Kanada, Hardeep Singh Nijjar, pada bulan Jun. New Delhi menolak dakwaan itu sebagai ‘tidak masuk akal’.

    Nijjar, yang memperjuangkan penciptaan sebuah negara Sikh yang berasingan daripada India, dicari oleh pihak berkuasa India atas tuduhan berkaitan dengan kegiatan pengganasan dan konspirasi untuk melakukan pembunuhan.

    Kanada telah meminta India untuk bekerjasama dalam penyiasatan kematiannya dan mengusir seorang diplomat India.

    New Delhi menyatakan kemarahannya dan bertindak balas dengan mengambil tindakan balas termasuk menutup perkhidmatan visa untuk warga Kanada. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...