Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Wan Sing mara ke final

    Oleh Fadhil Yunus – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 OKT – Wan Sing Trading menempah tempat mereka ke final Terbuka Lelaki Low San selepas menewaskan Anta Brunei 74-62 dalam perlawanan yang sangat menghiburkan di Gelanggang Persatuan Bola Keranjang Brunei (BBA) di Batu Bersurat kelmarin.

    Kapten Wan Sing, Kenny Lim mendahului dengan 20 mata, sementara Venilson Lico menyumbang 14 mata dan Joven Dungog menambah 11 mata.

    Selepas permulaan yang perlahan, Anta kelihatan menunjukkan kebangkitan apabila Choo Yung Jian memintas bola dan mencatat dua mata sebelum disusuli dengan jaringan tiga matanya.

    Bagaimanapun, Kenny mempamerkan percubaan cemerlang apabila dia menjaringkan tiga mata berturut-turut untuk melebarkan pendahuluan pasukannya dengan Matt Jerickson turut melakukan langkah yang sama.

    Menjelang suku kedua, Wan Sing telah menikmati kelebihan 11 mata sebelum menamatkan separuh pertama perlawanan dengan jaringan 26-13.

    Wan Sing akan menentang pemenang perlawanan separuh akhir kedua antara Autocare dan D’Barkadz bagi merebut gelaran.

    Gambar ramai semasa pertandingan berkenaan. – Gambar serahan BBA
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...