Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    India laksana teknologi 5G mulai Ogos tahun ini

    NEW DELHI, 19 JUN – Menteri telekomunikasi India, Ashwini Vaishnaw memaklumkan usaha pelaksanaan teknologi 5G di negaranya akan bermula dari Ogos hingga September tahun ini.

    “Pada 2022, kami akan memulakan usaha pelaksanaan teknologi 5G dari Ogos hingga September.

    Tetapi apa yang lebih penting adalah penyusunan teknologi 4G dan 5G yang lengkap telah dibangunkan di negara ini dan diuji untuk keperluan satu bilion panggilan secara serentak,” lapor Xinhua memetik Vaishnaw sebagai berkata.

    Menteri itu bercakap pada sidang kemuncak anjuran saluran berita televisyen tempatan pada Sabtu.

    “Menjelang akhir tahun ini, perkhidmatan itu akan dilancarkan sekurang-kurangnya di 20 hingga 25 bandar dan pekan.

    “India mengenakan harga data semasa yang jauh lebih rendah daripada pasaran global, serta akan terus menetapkan tanda aras rendah bagi kadar bayaran baharu apabila perkhidmatan itu dilancarkan.

    “Secara purata, kadar data secara global berharga AS$25 dalam sektor telekomunikasi. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...