Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Individu, syarikat Korea dikenakan sekatan baharu

    SEOUL, KOREA SELATAN, 2 DIS – Korea Selatan hari ini mengenakan sekatan ke atas lapan individu dan tujuh syarikat kerana disyaki terbabit dalam aktiviti haram untuk membiayai program senjata nuklear dan peluru berpandu Korea Utara.

    Tindakan itu, yang melarang warga Korea Selatan daripada menjalankan sebarang perniagaan dengan mereka tanpa kebenaran, sebahagiannya adalah bersifat simbolik kerana tiada urus niaga kewangan di antara kedua-dua negara.

    Sekatan Korea Selatan diumumkan sejurus selepas Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat berkata ia menyekat tiga anggota Parti Pekerja Korea Utara yang memberikan sokongan kepada pembangunan nuklear dan senjata balistik negara.

    Kementerian Luar Korea Selatan berkata sekatan Seoul adalah sebagai respons terhadap ancaman senjata nuklear dari Utara, dengan ujian peluru berpandu balistik pada bulan lalu yang berpotensi sampai ke AS.

    Lapan individu dan tujuh syarikat yang disasarkan Seoul telah pun disekat oleh Washington dan terbabit dalam pelbagai usaha Korea Utara untuk mengelak sekatan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk membiayai program senjatanya, termasuk pemindahan kapal minyak dan eksport pekerja haram, menurut kementerian.

    Mereka yang disenarai dalam sekatan termasuk enam pegawai dari empat bank Korea Utara, warga Taiwan bernama Chen Shih Huan, dan seorang warga Singapura bernama Kwek Kee Seung.

    Empat syarikat yang disekat adalah firma perniagaan dan perkapalan Korea Utara dan tiga yang lain adalah firma perkapalan yang berpangkalan di Singapura. – AP

    Gambar serahan kerajaan Korea Utara menunjukkan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un memeriksa ujian peluru berpandu di lokasi yang tidak didedahkan di Korea Utara. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...