JAKARTA, 14 NOV – Indonesia merancang untuk membina loji Gas Petroleum Cecair (LPG) dengan kapasiti pengeluaran antara 1.5 hingga dua juta tan setahun bagi memperkukuh bekalan domestik serta mengurangkan kebergantungan kepada import, menurut Menteri Sumber Tenaga dan Mineral, Bahlil Lahadalia, kelmarin.
“Kerajaan menggalakkan Pertamina (syarikat tenaga milik negara) serta pemain sektor swasta untuk bersaing dalam membangunkan loji LPG ini bagi mengukuhkan bekalan dalam negara,” kata Lahadalia.
Pada masa ini, penggunaan LPG Indonesia mencecah lapan juta tan setahun, namun pengeluaran domestik hanya mampu menampung kira-kira 1.9 juta tan, menjadikan selebihnya perlu ditampung melalui import. Kebergantungan itu menyebabkan kerajaan menanggung subsidi LPG tahunan sehingga 83 trilion rupiah (AS$5.2 bilion).
Meskipun pembinaan loji LPG baharu ini, Indonesia masih dijangka menghadapi kekurangan bekalan kira-kira empat juta tan, kerana bahan mentah gas asli yang tersedia hanya berpotensi menghasilkan sekitar dua juta tan setahun. – Xinhua