Friday, September 27, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Indonesia secara rasmi mohon keahlian CPTPP untuk pacu eksport

    JAKARTA, 25 SEPT – Indonesia secara rasmi memohon untuk menjadi ahli Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) bagi meningkatkan pertumbuhan eksport negara itu, lapor agensi berita Indonesia, Antara.

    Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi, Airlangga Hartarto menyatakan kementeriannya telah menyerahkan surat permohonan kepada New Zealand sebagai penyimpan dokumen CPTPP.

    “Pada masa ini, langkah yang diambil Indonesia terutamanya melengkapkan proses penyertaan OECD, bertujuan memacu pembaharuan struktur dalam negara dan membuka pasaran untuk ekonomi Indonesia,” katanya dalam sidang media di Jakarta, hari ini.

    Hartarto menyatakan langkah itu telah dilaporkan kepada Presiden terpilih Prabowo Subianto, yang mengalu-alukannya secara positif. CPTPP merupakan perjanjian perdagangan yang memudahkan kerjasama ekonomi antara negara anggotanya, meliputi semua aspek ekonomi termasuk pelaburan serta perdagangan barangan dan perkhidmatan.

    Menteri itu menjelaskan bahawa perjanjian itu adalah perkembangan daripada Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) yang sebelum ini tidak pernah diratifikasikan kerana pengunduran Amerika Syarikat. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda