Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Indonesia siap sedia bagi pilihan raya

    INDONESIA, 11 FEB – Indonesia akan mengadakan salah satu pilihan raya sehari terbesar di dunia minggu depan, di mana ia merupakan satu pencapaian yang membingungkan, yang melibatkan peralihan undi dengan menaiki bot, kapal terbang dan menunggang kuda merentasi kepulauan yang luas dengan lebih 278 juta orang.

    Hampir 205 juta orang akan layak mengundi dalam pilihan raya presiden, Parlimen dan wilayah hanya dalam tempoh enam jam pengundian pada Rabu, di mana pegawai bersiap sedia menghadapi kemungkinan hujan lebat, serangan siber dan penipuan.

    Pilihan raya itu akan diadakan di tiga zon, bermula di wilayah paling timur Papua di mana pemberontak melancarkan pemberontakan maut terhadap tentera.

    Indonesia merupakan negara demokrasi ketiga terbesar di dunia, setelah India dan Amerika Syarikat.

    Ia adalah pilihan raya presiden kelima sejak negara itu bangkit daripada pemerintahan autokratik kurang 30 tahun lalu.

    “Pengagihan logistik dan pengundian akan berlaku pada musim hujan,” kata Pengerusi Suruhanjaya Plihan Raya Umum, Hasyim Asyari, kepada pemberita tahun lepas.
    “Kami berharap perkara terburuk tidak akan berlaku.”

    Menteri Pertahanan, Prabowo Subianto, bertanding menentang bekas Gabenor Jakarta, Anies Baswedan dan bekas Gabenor Jawa Tengah, Ganjar Pranowo, untuk jawatan tertinggi.

    Di bawah mereka, lebih 19,000 buah kerusi akan direbut di sekitar 2,700 buah daerah pilihan raya untuk undi wilayah, manakala 580 buah kerusi Parlimen akan ditandingi oleh 18 ahli parti. – AFP

    Reaksi Hasyim Asy’ari (kiri), semasa perbahasan pilihan raya presiden lalu di Pusat Konvensyen Jakarta di Jakarta pada 4 Februari. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...