Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Bezos jual AS$2 bilion saham Amazon

    WASHINGTON, 11 FEB – Pengasas Amazon, Jeff Bezos telah menjual kira-kira AS$2 bilion saham syarikat gergasi pengedaran dalam talian itu, menurut pemfailan pasaran saham baru-baru ini.

    Bezos menjual kira-kira 12 juta saham Amazon pada Rabu dan Khamis, pada harga antara AS$168-171 setiap saham, menurut dokumen yang dihantar kepada pihak berkuasa kawal selia pasaran saham pada Jumaat.

    Dokumen pasaran saham sebelum ini, keluar pada Rabu, melaporkan hasratnya untuk menjual 50 juta saham kumpulan yang diasaskannya 30 tahun lalu dan beliau kini menjadi pengerusi eksekutif.

    Kekayaan Bezos dianggarkan oleh Forbes pada AS$195.5 bilion, menjadikannya orang ketiga terkaya di di dunia, selepas Bernard Arnault dari Perancis, Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan LVMH dan Elon Musk, bos di Tesla, Twitter dan SpaceX.

    Amazon baru-baru ini menerbitkan keputusan kewangan 1 Februari, yang jauh melebihi jangkaan.

    Syarikat gergasi teknologi itu mencapai perolehan jualan AS$170 bilion dan keuntungan bersih AS$10.6 bilion, didorong oleh penghantaran yang lebih pantas dan musim perayaan yang sangat berjaya.

    Saham Amazon melonjak lebih daripada 13 peratus pada hari berikutnya di Bursa Saham New York. – AFP

    Bezos bercakap di konvensyen Amazon di Las Vegas pada 6 Jun 2019. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...