Monday, April 22, 2024
28.3 C
Brunei

    -

    Indonesia tingkat amaran ancaman cacar monyet

    JAKARTA, 27 OKT – Indonesia meningkatkan amaran terhadap ancaman penyakit cacar monyet ekoran kes yang disahkan meningkat kepada 14 orang, sejak kes pertama dikesan pada 13 Oktober, lapor Xinhua yang memetik kenyataan Kementerian Kesihatan, kelmarin.

    Ketua Pengarah Pencegahan dan Kawalan Penyakit kementerian itu, Maxi Rein Rondonuwu berkata bahawa pesakit yang kesemuanya lelaki dan menetap di Jakarta berumur antara 25 dan 29 tahun, tidak pernah menerima vaksin cacar.

    “Sesetengah pesakit mempunyai komorbiditi seperti HIV dan hipertensi,” kata Rondonuwu dalam sidang media secara maya.

    Semua kes mempunyai simptom tidak ketara, tetapi pakar epidemiologi mengunjurkan angka itu boleh berganda kepada 3,600 kes setahun jika tindakan membendungnya tidak dilakukan.

    Beliau berkata kementerian itu kini meningkatkan pendidikan mengenai gaya hidup sihat dan vaksinasi terhadap penyakit cacar monyet bagi kalangan kumpulan berisiko tinggi.

    Kerajaan menyasarkan 500 orang atau 1,000 dos vaksin diberikan, dengan setakat ini, 157 orang telah divaksinasi. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Parti Presiden Maldives dijangka menang besar dalam pilihan raya

    NEW DELHI, 22 APRIL - Parti Presiden Mohamed Muizzu dijangka menang besar dalam Pilihan Raya Parlimen Maldives, kelmarin. Menurut media tempatan, parti Muizzu Kongres Nasional...