Monday, October 21, 2024
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Industri pakaian Bangladesh rugi AS$400 juta

    DHAKA, 20 OKT – Industri pakaian yang penting bagi Bangladesh mengalami kerugian AS$400 juta akibat pergolakan berikutan revolusi pimpinan pelajar yang menggulingkan perdana menteri autokratik negara itu, kata pemimpin industri hari ini.

    Sebanyak 3,500 buah kilang pakaian negara Asia Selatan itu menyumbang kira-kira 85 peratus daripada AS$55 bilion eksport tahunannya, tetapi pergolakan itu menyebabkan gangguan yang ketara kepada industri peneraju.

    Selepas berlakunya protes selama beberapa bulan, bekas pemimpin Bangladesh, Sheikh Hasina, telah melarikan diri dengan helikopter ke negara jiran India 5 Ogos lalu.

    Kerajaan sementara telah diambil alih oleh pemenang Hadiah Keamanan Nobel, Muhammad Yunus, akan tetapi protes di beberapa buah kilang pakaian tetap berterusan di mana pekerja menuntut pekerjaan dan gaji yang lebih baik.

    Presiden Persekutuan Pakaian dan Pekerja Industri Bangladesh, Kalpana Akhtar, berkata hari ini tentang perlunya perubahan drastik terhadap sikap pemilik kilang dan juga kerajaan.

    “Ia adalah penting untuk memastikan kestabilan dalam sektor ini,” tambahnya.

    Bangladesh ialah pengeksport pakaian kedua terbesar di dunia mengikut nilai selepas China dan membekalkan banyak jenama terkemuka dunia, termasuk Levi’s, Zara dan H&M. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda