Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Inflasi 2023 meningkat 0.4%

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 JAN – Kadar inflasi keseluruhan bagi 2023 meningkat secara perlahan sebanyak 0.4 peratus berbanding dengan 3.7 peratus pada 2022. Ini didorong oleh kenaikan Indeks Makanan dan Minuman Ringan sebanyak 2.7 peratus, terutamanya harga minuman ringan sebanyak 6.4 peratus dan beras dan bijirin sebanyak 4.5 peratus.

    Manakala, Indeks Bukan Makanan menunjukkan penurunan sebanyak 0.2 peratus, berikutan penurunan harga perhubungan sebanyak 3.1 peratus dan pengangkutan sebanyak 2.6 peratus.

    Perangkaan itu dikongsikan oleh Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik, Kementerian Kewangan dan Ekonomi dalam kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.

    Sementara itu, Indeks Harga Pengguna (IHP) pada bulan Disember 2023 meningkat sebanyak 0.7 peratus berbanding Disember 2022, didorong oleh kenaikan Indeks Makanan dan Minuman Ringan dan Indeks Bukan Makanan masing-masing sebanyak 2.1 peratus dan 0.3 peratus.

    Peningkatan tahun ke tahun bagi Indeks Makanan dan Minuman Ringan adalah terutamanya disebabkan oleh kenaikan harga minuman ringan sebanyak 11.1 peratus, khususnya minuman rendah gula yang sedia untuk diminum; dan sayur-sayuran sebanyak 4.9 peratus, terutamanya harga halia.

    GAMBAR SERAHAN JABATAN PERANCANGAN EKONOMI DAN STATISTIK, KEMENTERIAN KEWANGAN DAN EKONOMI
    GAMBAR SERAHAN JABATAN PERANCANGAN EKONOMI DAN STATISTIK, KEMENTERIAN KEWANGAN DAN EKONOMI

    Di samping itu, peningkatan bagi Indeks Bukan Makanan adalah terutamanya disumbangkan oleh harga rekreasi dan kebudayaan sebanyak 3.5 peratus, berikutan kenaikan harga pakej percutian dan umrah; dan pengangkutan sebanyak 0.5 peratus, khususnya harga tiket penerbangan.

    Bagi perubahan bulan ke bulan, IHP Disember 2023 menunjukkan peningkatan sebanyak 0.8 peratus, yang didorong oleh kenaikan Indeks Makanan dan Minuman Ringan; dan Indeks Bukan Makanan masing-masing sebanyak 0.1 peratus dan 1.0 peratus.

    Manakala peningkatan Indeks Makanan dan Minuman Ringan adalah terutamanya disumbangkan oleh kenaikan harga buah-buahan sebanyak 0.6 peratus dan daging sebanyak 0.4 peratus.

    Sementara itu, peningkatan Indeks Bukan Makanan adalah terutamanya disumbangkan oleh harga pengangkutan sebanyak 6.1 peratus dan rekreasi dan kebudayaan sebanyak 1.1 peratus.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...