Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Lelaki bakar studio anime 4 tahun lalu dihukum mati

    KYOTO, 25 JAN – Seorang lelaki Jepun yang didapati bersalah melakukan serangan membakar yang membunuh 36 orang di sebuah studio anime pada 2019 dijatuhi hukuman mati hari ini.

    Kebakaran yang melanda studio Kyoto Animation empat setengah tahun yang lalu adalah jenayah paling teruk di Jepun dalam beberapa dekad dan mengejutkan industri anime dan peminatnya di seluruh dunia.

    Shinji Aoba, kini berusia 45 tahun, memecah masuk ke dalam bangunan itu, menuang petrol di sekitar tingkat bawah, menyalakannya dan menjerit ‘matilah’ pada pagi 18 Julai 2019, kata mangsa yang terselamat.

    “Tindakan menuang petrol dalam jumlah yang banyak dan menyalakannya yang berkemungkinan besar membawa maut dan mengorbankan orang awam adalah benar-benar kejam dan tidak berperikemanusiaan,” kata Ketua Hakim, Keisuke Masuda dalam keputusannya.

    Mangsa ‘ditelan api dan asap dalam sekelip mata… Mereka mati dalam keadaan menyakitkan apabila studio itu serta-merta bertukar menjadi neraka’, katanya. – AFP

    Pegawai polis berkumpul di luar Mahkamah Daerah Kyoto menjelang perbicaraan hukuman terhadap Aoba di Kyoto, barat Jepun. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...