Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Iniesta gantung but

    BARCELONA, 9 OKT – Bekas pemain tengah Barcelona, Andres Iniesta, yang pernah membantu Sepanyol meraih dua kejuaraan Eropah dan Piala Dunia 2010, secara rasmi mengumumkan persaraannya daripada arena bola sepak pada usia 40 tahun, kelmarin.

    “Masa di atas padang sudah berakhir,” ujar Iniesta dengan nada sebak ketika sidang media di Barcelona, mengenang karier gemilangnya yang bermula pada 2002 bersama kelab gergasi Catalan itu.

    “Namun, bola sepak tetap menjadi sebahagian besar daripada hidup saya dan akan terus kekal begitu. Kini, saya sedang berusaha menamatkan pengajian dalam bidang kejurulatihan, yang bakal menjadi langkah seterusnya dalam kerjaya saya,” jelasnya.

    Iniesta memulakan kariernya di akademi La Masia, sebelum membuat penampilan sulung bersama pasukan utama Barcelona ketika berusia 18 tahun. Beliau terus menjadi pemain utama selama 16 tahun, mencatatkan 674 penampilan dan menjulang sembilan kejuaraan La Liga serta empat trofi Liga Juara-Juara.

    Sepanjang tempoh tersebut, beliau menjadi nadi kepada permainan ‘tiki-taka’ yang dominan, membentuk gandingan mantap bersama Xavi Hernandez dan Sergio Busquets.

    Iniesta juga berjaya menjulang enam trofi Copa del Rey dan 32 piala secara keseluruhan sepanjang kariernya di Camp Nou.

    Legenda bola sepak itu turut dihormati oleh rakan sepasukan dan jurulatihnya.

    Lionel Messi menyifatkan Iniesta sebagai ‘rakan sepasukan yang penuh magis’ manakala jurulatih Sepanyol, Luis de la Fuente, menyifatkan Iniesta sebagai contoh terbaik seorang atlet profesional yang berdisiplin. – AFP

    Iniesta melambai penonton selepas perlawanan terakhirnya di Kobe, Jepun, pada 1 Julai 2023. – AP

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    Program RRP bantu bina sahsiah, disiplin pelajar

    IHP Oktober 2025 meningkat 0.1 peratus

    AS desak perpecahan perniagaan iklan Google

    Berita Berkaitan

    Barca menang bergaya atasi Athletic, rasmikan stadium Camp Nou

    BARCELONA, 23 NOV - Barcelona kembali dengan penuh gemilang...

    UEFA luluskan Camp Nou untuk perlawanan Liga Juara-Juara

    BARCELONA, 20 NOV – UEFA telah memberi kebenaran kepada...

    Messi lawat Nou Camp secara mengejut

    LONDON, 11 NOV – Lionel Messi membuat lawatan mengejut...

    Hatrik Lewandowski bantu Barca tewaskan Celta Vigo

    VIGO, 10 NOV - Robert Lewandowski menjaringkan hatrik untuk...

    Terkini

    Program RRP bantu bina sahsiah, disiplin pelajar

    Oleh Sim Y. H. - BELAIT, 23 NOV – Seramai...

    IHP Oktober 2025 meningkat 0.1 peratus

    Oleh Salawati Haji Yahya -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    AS desak perpecahan perniagaan iklan Google

    WASHINGTON, 23 NOV - Kerajaan Amerika Syarikat (AS) pada...

    Hampir 1,600 warga asing ditahan dalam serbuan pusat penipuan di Myanmar

    YANGON, 23 NOV - Tentera Myanmar berkata hari ini,...