Saturday, July 27, 2024
32.3 C
Brunei

    -

    Inisiatif Ekspo Kerjaya 2023 amat dialu-alukan

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 OKT – Inisiatif Ekspo Kerjaya 2023 yang membuka peluang-peluang pekerjaan kepada golongan yang berkelainan upaya (OKU) dalam usaha mewujudkan persekitaran kerja dan pembangunan negara yang inklusif serta progresif, amat dialu-alukan.

    Usaha itu diharap dapat menjadi satu titik permulaan ke arah meningkatkan lagi kesedaran dan menggalakkan para majikan untuk sentiasa proaktif dalam menyediakan peluang-peluang yang saksama kepada semua golongan pekerja termasuk golongan rentan.

    Harapan dan pujian itu disuarakan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad dalam ucapannya semasa Majlis Perasmian Ekspo Kerjaya 2023 yang berlangsung di Pusat Membeli-belah OneCity, hari ini.

    Terdahulu dalam ucapannya, Yang Berhormat Dato mengongsi bahawa Ekspo Kerjaya yang dianjurkan itu merupakan landasan bagi anak tempatan meneroka peluang-peluang pekerjaan di sektor swasta.

    Beliau juga menggalakkan anak tempatan untuk mengambil peluang keemasan bagi berinteraksi bersama bakal majikan dan pada masa yang sama, untuk mengetahui lebih lanjut mengenai inisiatif meningkatkan dan mendapatkan kemahiran yang ada ditawarkan oleh agensi-agensi kerajaan.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi meninjau petak pameran selepas merasmikan Ekspo Kerjaya 2023 di Pusat Membeli-belah OneCity. – Gambar oleh Muiz Matdani
    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi semasa menyampaikan ucapan. – Gambar oleh Muiz Matdani

    Dalam hubungan itu, Yang Berhormat Dato merakamkan penghargaan kepada syarikat-syarikat atas penyertaan dan sokongan berterusan dalam menyediakan peluang pekerjaan kepada anak tempatan.

    Seterusnya, Yang Berhormat Dato mengongsi bahawa berdasarkan laporan Kajian Tenaga Kerja 2022, kadar pengangguran di Negara Brunei Darussalam adalah sebanyak 5.2 peratus dan kadar berkenaan adalah menggalakkan berbanding kadar pada tahun-tahun sebelumnya.

    “Ini hanya dapat dicapai atas sokongan dan kerjasama daripada berbagai-bagai pihak termasuk pihak industri, syarikat-syarikat swasta, institusi pendidikan, institusi latihan serta agensi-agensi lain yang berkaitan.”

    Beliau menekankan pentingnya bagi setiap pihak untuk terus memupuk semangat kerjasama dan sokongan padu dalam mengurangkan kadar pengangguran itu dan seterusnya memperkasa para pencari kerja tempatan bagi memudahkan mereka mendapat pekerjaan yang bermakna.

    Menyentuh mengenai pembangunan sumber tenaga manusia, Yang Berhormat Dato menyeru supaya setiap individu terus mengembang luas potensi dan meningkatkan kemahiran untuk menyesuaikan diri dengan keperluan ekonomi dan industri supaya menjadi tenaga kerja yang produktif dan terus mengambil peluang meningkatkan tahap pembelajaran serta kursus-kursus tambahan bagi latihan semula.

    Mereka juga diseru untuk melibatkan diri dalam latihan profesional supaya kekal kompetitif dan relevan dalam pasaran kerja yang dinamik serta sentiasa berubah.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...