Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    15 guru fahami peranan BDCB

    Oleh Syahmi Hassan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 OKT – Rombongan seramai 15 orang guru subjek ekonomik dari sekolah menengah dan maktab kerajaan dan seorang pegawai pelajaran kanan dari Jabatan Sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan telah mengadakan lawatan ke Brunei Darussalam Central Bank (BDCB), kelmarin.

    Sejurus tiba, delegasi disambut oleh Associate Perhubungan Korporat, Pejabat Pengarah Urusan BDCB, Rashidina Ariffin yang memberi pengenalan mengenai BDCB.

    Rombongan juga telah diberi taklimat mengenai Brunei Darussalam Financial Sector Blueprint (2016-2025) oleh Pengurus Kanan, Perancangan dan Perkembangan Korporat, Pejabat Pengarah Urusan BDCB, Awang Mohammad Amsyar bin Alidin dan diikuti dengan pengenalan kepada dasar monetari Negara Brunei Darussalam oleh Pengurus Kanan, Ekonomik, Penyelidikan dan Statistik BDCB, Dayang Siti Athirah binti Dato Seri Setia
    Haji Ali.

    Selepas taklimat, sesi soal jawab diadakan yang diikuti dengan sesi bergambar beramai-ramai. Lawatan itu adalah salah satu aktiviti perkembangan profesional yang digariskan dalam pelan tindakan Subject Based Committee (SBC) Economics untuk 2023.

    Ia dianjurkan oleh Sekolah Menengah Katok, Ketua Hab Perkembangan Profesional di bawah SBC Economics. Objektifnya adalah untuk lebih memahami dasar monetari Negara Brunei Darussalam, serta memahami peranan dan tanggungjawab BDCB secara amnya.

    Di akhir sesi, Setiausaha SBC Economics, Dayang Surianah binti Haji Junaidi dari Sekolah Menengah Sultan Sharif Ali menyampaikan sijil penghargaan dan cenderahati kepada pihak BDCB.

    Beliau juga turut menyampaikan sijil penghargaan kepada Dayang Nur Ainina binti Haji Mosli dari Sekolah Menengah Katok atas penganjuran lawatan tersebut.

    Gambar ramai semasa lawatan di BDCB. – Gambar serahan Jabatan Sekolah-sekolah
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...