Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Inokulasi dos ketiga cecah 60%

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 MAC – Sembilan kes kini berada dalam kategori 4 dan empat kes lagi dalam kategori 5 menjadikan jumlah itu 5 peratus daripada keupayaan rawatan di Pusat Pengasingan Kebangsaan.

    Manakala dalam masa 24 jam lalu, dua meninggal dunia namun tidak dikategorikan sebagai kematian disebabkan COVID.

    Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar mengucapkan takziah kepada keluarga pesakit serta mendoakan roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para salehin, pada sidang media situasi COVID di negara ini di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan hari ini.

    “Sebanyak 1,006 kes baru telah dilaporkan menjadikan kes keseluruhan sebanyak 128,306 kes. Daripada jumlah kes itu, 819 adalah hasil ujian ART yang telah dimuat naikkan ke aplikasi BruHealth manakala 187 adalah dari hasil 2,045 ujian makmal RT-PCR yang telah dilakukan dalam masa 24 jam yang lalu.

    “Sementara itu, 1,923 kes telah disahkan sembuh membawa jumlah sembuh keseluruhan kepada 117,061 kes manakala jumlah kes aktif ialah sebanyak 11,046 kes.

    “Pada masa ini, kadar pengisian katil di pusat-pusat pengasingan di seluruh negara atau bed occupancy rate ialah sebanyak 4.6 peratus. Dalam pada itu, 155 kes aktif sedang menerima rawatan di pusat-pusat pengasingan dan hospital-hospital, manakala seramai 10,891 kes positif kini sedang menjalani pengasingan diri di rumah,” jelas Menteri Kesihatan.

    Pada sidang media berkenaan, Yang Berhormat Menteri Kesihatan turut mengongsi bahawa sehingga kelmarin, 22 Mac 2022, pencapaian Program Vaksinasi Kebangsaan bagi mereka yang menerima tiga dos vaksin ialah 60.2 peratus daripada keseluruhan penduduk di negara ini.

    Manakala bagi sekatan pergerakan yang dijalankan dari jam 12 malam semalam hingga 4 pagi tadi, tidak ada pelanggaran arahan telah dikeluarkan denda kompaun di seluruh negara.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham semasa mengongsikan statistik harian COVID-19 di Dewan Al-‘Afiah.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...