BERLIN, 30 Julai – Beberapa orang cedera dalam insiden tembakan yang berlaku pada awal pagi hari ini di sebuah kelab malam di Konstanz di selatan Jerman, lapor media tempatan.
Kejadian tersebut tidak memberikan gambaran jelas terhadap mereka yang terkorban. Pihak polis tidak dapat mengesahkan laporan oleh media tempatan SWR bahawa pelaku telah ditangkap.
“Terdapat korban dalam tembakan, pelawat boleh menyelamatkan diri mereka dengan melarikan diri ke tempat terbuka atau bersembunyi,” kata agensi berita DPA yang memetik seorang jurucakap polis. – Xinhua