Monday, July 8, 2024
23 C
Brunei

    -

    Insomniacks lebar sayap ke Indonesia

    Kumpulan Insomniacks nyata tidak pernah mengenal erti putus asa.

    Di awal kemunculan nyata kumpulan dianggotai tiga anak muda, Iqie selaku vokalis dan gitar utama, Iskandar (pemain bes) dan Danial (gitar ritma) bukan ‘langkah sumbang’.

    Sepanjang tujuh tahun pembabitan mereka sudah melakar pelbagai pencapaian membanggakan.

    Antaranya, album EP berjudul Kepala Batu yang dilancarkan pada 2020 mendapat sambutan baik termasuklah dua lagu, Pulang dan Reminisensi.

    Dua lagu berkenaan mendapat putaran tinggi, selain lagu Pulang menjadi juara Carta RIM dan masih berada di Carta RIM selama 182 minggu.

    Sedutan single Belum Mulai kolaborasi Insomniacks dan Nabila Taqiyyah meraih lebih 850,000 tontonan dengan ribuan komen di Instagram. – mStar

    Tidak hanya itu, sedutan video muzik lagu Sempurna yang dilancarkan menerusi platform Instagram mencatat jumlah tontonan luar biasa, menduduki tangga pertama Carta RIM selama 13 minggu dan masih berterusan.

    Kini, Insomniacks memulakan langkah baru dengan melebarkan sayap ke negara jiran selepas bekerjasama dengan penyanyi Indonesia yang semakin popular, Nabila Taqiyyah menerusi single Belum Mulai, lapor BH Online.

    Nabila adalah bekas naib juara program realiti popular di Indonesia iaitu Indonesian Idol musim ke-12 pada 2022.

    Iqie berkata, single Belum Mulai ciptaan komposer dari Indonesia, Clara Riva dan S/EEK.

    Single ini agak berbeza kerana memiliki nuansa muzik kumpulan kugiran era 2000an. Ia mengisahkan seseorang yang terpaksa melepaskan pujaan hatinya, sebelum sempat meluahkan perasaan cinta.

    “Apa yang menakjubkan, sedutan single Belum Mulai yang dikeluarkan pertengahan Jun lalu mendapat lebih 850,000 tontonan dengan ribuan komen di Instagram.

    “Ini diikuti 730,000 tontonan pada saat kami mendedahkan rekaan muka depan lagu yang disiar di IG,” kata Iqie. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua askar, enam suspek militan terbunuh dalam pertempuran di Kashmir

    NEW DELHI, 7 JULAI – Dua anggota tentera dan enam suspek militan terkorban dalam dua pertempuran berasingan di Kashmir yang ditadbir India, menurut polis, hari...